Thursday, January 3, 2013

al-fatihah

1 syawal bersamaan 19/8/2012

telah kehilangan seorang adik yang disayangi arwah bilal bin abdullah... beliau telah menghembuskan nafas terakhir di hospital besar sultanah bahiyah alor setar kedah.

ketika aku pulang beraya dari alor setar, aku terlihat satu kemalangan di km bt 17 berhampiran dengan rumah ku. terdetik hati apabila ingin melihat kejadian tersebut.

dalam hati aku berdoa,,, Ya Allah, adakah itu adik kandung aku??? masyaAllah, aku lihat beliau terlantar di atas jalanraya. ketika aku keseorangan aku riba..... aku jatuhkan telefon di tanganku... masyaAllah, bagaikan mimpi apabila melihat darah penuh di jalan... diri aku kaku untuk melakukan apa-apa tetapi aku sedar masa tuh aku perlu cari kekuatan.... aku dipimpin oleh seorang mak cik dan pakcik... kemudian aku menelefon ahli keluarga untuk melihat kejadian tersebut....

arwah telah dikembumikan pada jam 12.30pm....

sekarang,,, aku masih terasa beliau selalu berada disisi aku.... beliau telah aman di sana.... umur arwah belum baligh... 9 tahun.. terlalu muda.. Allah lebih menyayangi...aku redho dengan pemergiannya..

tiga bulan seterusnya... 27/12/12
aku telah kehilangan bapa saudara tetapi aku memanggil "ayah"... kami terlalu rapat ketika aku kecil... ayah seorang yang kenali rapat... ayah yang telah menjaga arwah bilal ketika beliau kecil hingga dibesarkan....

ayah telah dimasukan di icu hospital sultan abdul halim kerana beliau menghadapi asma yang teruk. selama seminggu beliau koma. apabila tiba hari tersebut hari rabu beliau kelihatan ceria seperti semula... beliau boleh bergurau... beliau seorang yang penghibur...

pada jam 12.45 tengah hari, beliau telah menghembuskan nafas terakhir dengan tiada sesiapa disisinya... beliau dikembumikan pada jam 9 malam di tanah perkuburan batu 16 padang lumat...



al-fatihah

No comments:

Post a Comment